SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KADET POLIS SMK CHERAS....TEGAS,ADIL DAN BERHEMAH....INTEGRITI AMALAN KITA...25 MAC,SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KALI KE - 205....SELAMAT HARI POLIS

Khamis, 13 September 2012

BADAN BERUNIFORM KPDRM

Persatuan Kadet Polis memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran sivik dan perasaan bertanggungjawab kepada masyarakat di kalangan pelajar.Bagi mencapai objektif bagi membina satu bangsa Malaysia yang berdisiplin, maka penubuhan Persatuan Kadet Polis akan menjadi pemangkin kepada proses untuk memiliki lebih golongan yang berjaya di negara ini.

Dari semasa ke semasa peranan Persatuan Kadet Polis akan diperkukuhkan lagi supaya pencapaian matlamat tersebut dapat direalisasikan.Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh sekolah, KPDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari pelbagai cabang unit iaitu Unit Kor Farmasi ,Unit Kor Agama ,Unit Kor Perkhidmatan Am ,Unit Kor Polis, & Unit Kor Multimedia. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselesaan dan kelancaran penugasan sukarelawan.

Secara ringkasnya,KPDRM telah ditubuhkan pada tahun 2001.Persatuan Kadet Polis Malaysia juga kini mempunyai kira-kira 12 orang pegawai dan 450 anggota lain-lain pangkat.Penglibatan pelbagai aktiviti persatuan ini telah menarik minat pelajar untuk menyertai KPDRM SMK Simpang Renggam .Justeru, sokongan padu dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak adalah faktor terpenting bagi memastikan persatuan ini dapat berperanan seiring dengan matlamat penubuhannya.


 PAKAIAN LELAKI




PAKAIAN PEREMPUAN

 
 COPY :LAMAN WEB RASMI KADET POLIS MALAYSIA
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan